Senarai Pengedar Shaklee

Tuesday, June 2, 2015

MULTI-PURPOSE CREAM

.
0 comments

Herbal Blend multi-purpose cream sesuai untuk melegakan:

✔gigitan nyamuk & serangga
✔ruam 
✔eczema
✔luka kecil 
✔terkena air panas (minor)
✔kulit badan gatal-gatal
✔kulat air
✔kulit melecet disebabkan diapers / tuala wanita / cirit - birit / elergik

Sapulah sekerap yang mungkin untuk dapatkan hasil yang memuaskan. 

Harga: RM30 termasuk postage





Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Monday, March 9, 2015

Merokok Punca Stroke

.
0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat penggemar blog akak. Terima kasih kerana sudi membaca penulisan ringkas ini. Hari ni akak nak cerita pasal Stroke dan perokok. Macam mana nak berhenti merokok ye? Itulah persoalan yang kerap bermain dalam fikiran. Meh akak cerita serta sedikit penyebab STROKE. 




STROKE pembunuh senyap yang digeruni. Memang la Mati itu Pasti. Tapi kita masih boleh berusaha untuk meneruskan sisa-sisa hidup dangan gaya hidup yang lebih sihat. Kita ketahui bahawa merokok merupakan salah satu penyebab STROKE serta penyakit-penyakit berbahaya yang lain seperti penyakit jantung, paru-paru, barah dan sebagainya. 

Asap rokok yang mengandungi bahan kimia seperti tar, nikotin, karbon monoksida akan menyebabkan salur darah tersumbat akibat daripada penyempitan pada salur darah. Ini menyebabkan aliran darah di dalam tubuh menjadi lebih perlahan dan aliran oksigen ke otak akan terganggu. Pada ketika inilah akan berlakunya STROKE!!

Bagaimana cara untuk berhenti daripada merokok?

Memang susah nak berhenti merokok. Tapi kalau ada kehendak untuk berhenti, mungkin anda boleh ikhtiar dengan mengamalkan pengambilan minuman Tonik Ajaib VIVIX. Ramai dah cuba dan BERJAYA berhenti merokok!!. 



Mari kita baca kejayaan testimoni-testimoni ini.










Jika anda berminat utnuk dapatkan VIVIX, sila berhubung terus dengan saya untuk COD dan Pos. 

Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 

Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Wednesday, March 4, 2015

SHAKLEE KUANTAN: FUNGSI ZINC COMPLEX

.
0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak menulis di ruangan ini. Sibuk je manjang. Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk menulis sedikit info berkaitan dengan keperluan zink kepada tubuh manusia. 


Fungsi Zink:

1) Meningkatkan sistem imun – membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit. 

2) Diabetis – membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin. 

3) Kanser prostat – pengambilan zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%. 

4) Ovulasi wanita – wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya.

5) Memperbaiki radang kulit – Pengambilan zink dapat memperbaiki radang kulit seperti  jerawat. 

6) Jerawat – Zink bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zink juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat. 

7) Kelesuan kronik 

8) Mengekalkan deria bau – Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif 

9) Kemampuan seks lelaki – zink yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma 

10) Gugur rambut / botak – zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel 

11) Membentuk kolagen – Zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ. 

12) Penyembuhan luka yang cepat – zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy 

13) Rabun malam




Size pil zink ni kecil je dan harganya juga tidaklah mahal. Tetapi ia memberi impak yang besar kepada tubuh badan yang sihat. Jika anda berminat,  sila hubungi saya.






Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif


 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Monday, December 29, 2014

Vitamin Tingkatkan Sistem Imun

.
0 comments


Vitamin merupakan salah satu nutrisi yang diperlukan oleh seluruh anggota tubuh selain karbohidrat, mineral, dan protein. Semua zat-zat tersebut memiliki fungsinya tersendiri. Oleh kerena itulah, keperluan nutrisi yang mencukupi  sangat penting kepada kesihatan tubuh anda. Vitamin dapat membantu mempertahankan, menjaga, meningkatkan serta melawan berbagai virus dan bakteria yang membahayakan tubuh. 



Sakit merupakan salah satu tanda bahawa sistem daya tahan tubuh seseorang sedang menurun. Maka, pengambilan aneka vitamin yang diperlukan oleh tubuh dapat membantu menjaga serta meningkatkan sistem imun tubuh. 4 vitamin yang berperanan meningkatkan sistem imun tubuh ialah:



Vitamin A


Inilah salah satu vitamin yang harus kita ambil setiap hari.  Vitamin A memiliki fungsi sebagai benteng   penghalang virus, bakteria serta kuman yang akan masuk ke tubuh. Tidak hanya itu, vitamin A juga akan membunuh berbagai kuman, bakteria serta virus yang masuk ke tubuh seseorang. Aneka sayuran hijau serta buah-buahan merupakan berbagai makanan yang merupakan sumber vitamin A. Mungkin sukar bagi kita untuk mengambil buah-buahan dan sayuran yang mencukupi. Maka Carotomax dapat membantu anda untuk memenuhi keperluan vitamin A dalam tubuh. 





Vitamin B. 

B6 dan B12 merupakan jenis-jenis vitamin B yang di maksud. Mengenai fungsinya, Vitamin ini berperanan untuk memberi tenaga serta meningkatkan sistem daya tahan tubuh.  Menambah pengambilan aneka makanan yang mengandungi vitamin B6  memberi impak besar pada peningkatan daya tahan tubuh seseorang. 





Vitamin C. 

Semua orang pasti setuju,  vitamin C merupakan salah satu vitamin yang dapat menjaga dan meningkatkan sistem imun tubuh. Fakta sesungguhnya, Vitamin C menjadi salah satu benteng pertahanan tubuh yang memiliki tugas menghalau serta memusnahkan virus dan bakteria yang membahayakan tubuh anda. Aneka buah merupakan sumber vitamin C. 





Vitamin E.

Inilah vitamin keempat yang memiliki fungsi yang hampir sama dengan ke tiga vitamin yang sudah dijelaskan di atas. Keistimewaan lainnya daripada vitamin E, selain dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh juga dapat membunuh sel-sel kanser. Bagi anda yang ingin mencegah penyakit kanser, usahakan untuk  mengambil vitamin E secukupnya. 







Pembelian beserta konsultasi percuma boleh hubungi:


019-9667905
Hatini Mustafa


Salam manis



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Monday, December 22, 2014

Shaklee Kuantan: Mengekalkan Jantung Sihat

.
0 comments


Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali untuk mengepam dan mengalirkan 7000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. 


Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrtien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.


Terdapat tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga. 


1. KOENZIM Q10 (COQ10)





COQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah COQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. 





COQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida COQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidanan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. 


Tubuh kita mampu mengeluarkan COQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Oleh itu, pengambilan suplemen COQ10 yang mencukupi dapat membantu dan mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.


2. TUMBUHAN POLIFENOL







Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet tumbuhan polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). 



Salah satu polifenol yang kuat adalah RESVERATROL, ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Polifenol-polifenol banyak terdapat di dalam polygonum, cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. 


3. ASID LEMAK OMEGA-3




Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah DHA dan EPA. Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan TRIGLYCERIDES (lemak dalam darah, meningkatkan HDL (kolesterol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. 




DHA dan EPA juga juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplemen.


Moga info yang akak kongsikan ini, dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana. Moga kita dianugerahkan kesihatan yang lebih baik. In syaa Allah.


Jika anda berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee daripada saya beserta dengan konsultasi percuma, sila hubungi saya seperti no. telefon di bawah:



Salam manis,


Hatini Mustafa
019-9667905



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Saturday, December 20, 2014

Antioksidan Baik Untuk Kesihatan

.
0 comments


Kajian telah membuktikan individu yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel normal, protin dan lemak. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan. Namun tubuh kita amat memerlukan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas yang berlebihan akan mengganggu penghasilan hormon. Jika penghasilan hormon terganggu, maka secara automatik sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Banyak masalah kesihatan disebabkan oleh radikal bebas. Antaranya ialah penuaan sebelum waktunya, kulit kering, pra-menopause , gangguan jantung, osteoporosis, masalah sendi, diabetes, kanser, alzheimer dan sebagainya. 

Antioksidan  mampu melawan radikal bebas yang berlebihan. Antioksidan adalah zat yang mampu melindungi sel-sel tubuh. Ada cara mudah untuk menjamin kita mendapat sumber antioksidan yang mencukupi. Sumber antioksidan adalah seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Selenium serta Omega 3 dan 6. 





Beberapa manfaat antioksidan untuk kesihatan:

  1. Pengambilan sumber antioksidan yang cukup, sangat penting untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan. Antioksidan dipercayai mampu mencegah berbagai jenis kanser.
  2. Antioksidan penting untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh sehingga mencegah tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria
  3. Alasan paling popular mengapa antioksidan disukai ramai  adalah kerana adanya manfaat anti-penuaan.
  4. Antioksidan mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik.
  5. Antioksidan membantu mencegah penyakit jantung dan meminimalkan proses oksidasi kolesterol.
  6. Selain bermanfaat untuk jantung, antioksidan juga efektif mencegah gangguan mata seperti  makula dan glaukoma.
  7. Antioksidan membantu memberikan perlindungan terhadap sistem saraf pusat.

Pengambilan vitamin-vitamin antioksidan ini dapat membantu kita kekal sihat dan cergas. Penjagaan awal amat penting untuk mengelak penyakit yang berbahaya. 

Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin ini beserta konsultasi percuma, sila hubungi saya seperti nombor telefon yang tertera di bawah.


Salam manis,

Hatini Mustafa
019-9667905



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Wednesday, December 10, 2014

MENGAPA SAYA SUKA SHAKLEE?

.
0 comments



Saya kenal Shaklee baru je 2 tahun 8 bulan. Sebelum itu, saya tercari-cari penawar untuk migrain yang telah sekian lama saya hidapi. Saya banyak membaca blog-blog untuk mengetahui punca dan penawar migrain. Bila saya google, kebanyakan blog bercerita tentang Shaklee penawar migrain. Apa benda Shaklee nih?? Serius... saya memang tak pernah dengar dan tak pernah tahu tentang Shaklee. 


Tiada pun sahabat yang memperkenalkan Shaklee kepada saya. Penemuan saya dengan Shaklee dalam web membuatkan saya ingin tahu lebih lanjut tentang produk ini. Bagus sangat ke? Setelah banyak info yang saya kumpul, saya dapat tahu serba sedikit tentang khasiat vitamin-vitamin Shaklee. Akhirnya saya membeli secara online buat pertama kali dalam hidup saya. Haha kelakor kan...Mulalah rasa sangsi, tak percaya bila beli secara online nih. Beli pulak bukan sikit2. Ratusan ringgit jugak. Sebenarnya pembelian online nih dah jadi trend. Tak perlu pergi kedai nak beli vitamin. Semuanya di hujung jari. 


Atas khidmat konsultasi Puan Norita Idris, saya membeli set vitamin yang lengkap untuk migrain. Saya suka beli set yang lengkap kerana saya nak EFFECT  yang cepat. Saya beli set Family Wellness yang terdiri daripada ESP, B.Complex, Vitalea dan Vita C. Saya juga tambah Ostematrix dan GLA dalam order saya. Dua hari selepas buat payment, saya terima vitamin-vitamin dengan selamatnya. 




Alhamdulillah setelah saya amalkan vitamin-vitamin ini selama 3 bulan berturut2 secara konsisten, masalah migrain saya beransur pulih. Syukur sangat. Sebelum kenal dengan Shaklee, saya bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan sehingga memberi kesan kepada buah pinggang saya. Buah pinggang saya BENGKAK!!. Setahun berulang-alik ke hospital untuk dapatkan rawatan. Itu kisah tahun 2004. Bayangkan hanya pada tahun 2012  saya berjumpa dengan Shaklee. Berapa tahun saya merana menahan kesakitan? Sesiapa yang pernah alami migrain mereka akan tahu betapa siksanya bila diserang migrain.




Kini saya amat berpuas hati dengan EFFECT Shaklee. Shaklee merupakan pilihan vitamin nombor SATU saya. Sehingga kini saya masih lagi amalkan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten. Malah, semua jenis vitamin Shaklee saya pernah ambil. Maka kalau anda tanya saya tentang vitamin Shaklee, saya boleh jawab dengan mudah. Mengapa?? sebab saya sendiri mengamalkannya dan merasakan PERUBAHANNYA. Saya tahu apa yang saya makan.


Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik dari sehari ke sehari. Saiz Buah pinggang saya juga kembali normal. Dah tak bengkak.  Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee. 


Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee,  sila hubungi saya:


Salam manis

Hatini Mustafa
019-9667905


Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»