Senarai Pengedar Shaklee

Wednesday, October 29, 2014

Shaklee Kuantan: ESP Yang Owhsome

.
0 comments



Salam sejahtera buat pembaca blog akak ni. Terima kasih di atas kesudian kalian untuk membaca coretan akak kali ni.


Hari ni akak nak share pasal ESP. Akak baru je 2 tahun 7 bulan consume ESP secara KONSISTEN. 




Sebab apa akak consume ESP ye?? Ni soalan daripada rakan2.

Akak ni ada MIGRAIN dan GASTRIK. Dah lama mengidap penyakit ni. Sejak anak dara lagi. Biasanya amik ubat daripada doktor je bila diserang migrain dan gastrik. Akak pernah amik ubat CAFERGOT selama beberapa tahun untuk hilangkan migrain tapi ubat ini mendatangkan mudarat pada akak. Setahun akak berulang-alik ke hospital untuk buat rawatan dan check-up. 


Lepas daripada tu akak tak berani dah amik CAFERGOT. Kalau diserang migrain akak hanya amik ubat penahan sakit. Tapi effect juga kan...boleh rosak buah pinggang oooo. 


Kalau GASTRIK pulak, akak amik ubat cecair putih tu, apa ke nama ubat tu. Rasa dia tak sedap. Lagi pun amik masa juga untuk hilangkan gastrik tu. 


Maka bermulalah pencarian akak untuk mencari penawar  Migrain dan Gastrik. Setelah membaca banyak info tentang ESP, akhirnya pada 26.4.2012 akak mendaftar sebagai ahli Shaklee. Sejak tarikh itulah akak KONSISTEN mengambil ESP tanpa gagal. Setiap pagi akak akan bawa bekal ke sekolah minuman berkhasiat ESP, akak gabungkan B.complex dan Ostematrix dalam jadual pemakanan vitamin akak. Kesannya memang marbeles dan owhsome.



Sebagai bonus, kesihatan kulit juga terjaga. Kulit jadi halus, mulus dan lembab je. Malah akak semakin bertenaga. Akak memang dah jatuh cinta dengan ESP. 



Alhamdulillah, 3 bulan lagi umur akak mencecah 46 tahun. Moga Allah memberi kesihatan yang baik buat akak dan semua pembaca blog akak ni. semuanya dengan izin Allah. Kita hanya berusaha untuk mencari penawarnya. Namun Allah jua Maha Penyembuh.


Moga perkongsian akak kali ni boleh dijadikan panduan kepada rakan2 di luar sana. Kesihatan sangat mahal harganya. Kalau kita sakit, semua aktiviti akan terganggu. 


Sampai di sini saja story mory akak hari ni. Jika kalian berminat untuk dapatkan ESP dan produk Shaklee, sila hubungi akak ye. Nombor akak ada kat bawah ni. Terima Kasih.



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Tuesday, October 28, 2014

Vitamin C Hanya Untuk Cantik je ke?

.
0 comments



Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat kepada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Ye ke?? Jom baca info tentang vitamin C dengan lebih lanjut.





Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.





Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.




Detoksifikasi : Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.



Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, " The more you stress the more you need vitamin C ". Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.



Kesan Kekurangan Vitamin C


Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.



Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.



Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin C dan vitamin-vitamin lain, sila hubungi saya seperti no tel. yang tertera di bawah

Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 

Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**



readmore »»

Sunday, October 26, 2014

Lecithin Bantu Cairkan Lemak??

.
0 comments



Perbezaan Lecithin Shaklee



Diekstrak daripada kacang soya organik Non-GMO, Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg Kolin dan 48mg Inositol. 



ManfaatUtama:



  1. Menyerap vitamin larut lemak - membantu tubuh menyerap vitamin A,D,E dan K.
  2. Melindungi hati - menghalang mendapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  3. Pemecahan lemak dan kolesterol - bertindak sebagai pembersih salur darah. Pengambilan dalam kuantiti tertentu membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh.
  4. Pelangsingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang disarankan mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
  5. Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.
  6. Memperbaiki alergi - menghalang platlet darah daripada mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah.
  7. Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi daripada kolesterol. Lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
  8. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi Kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Elzheimer dan meringankan stress.
  9. Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki masalah tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis. Menggalakkan peredaran darah.
  10. Memperbaiki masalah prostat - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.
  11. Meringankan sembelit - Lecithin merupakan pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus. 



Cadangan pengambilan:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 3 kapsul setiap kali 
(sebelum atau selepas makan)

Untuk pelangsingan, tekanan darah tinggi, pemecah lemak: 2-3 kali sehari, 6 kapsul setiap kali (sebelum atau selepas makan)


Jika anda berminat untuk dapatkan LECITHIN atau semua jenis produk Shaklee, sila hubungi saya seperti no. tel yang tertera di bawah.




Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»

Saturday, October 11, 2014

SHAKLEE EFFECT: ESP MEMANG HOT

.
0 comments


Tersenyum  lebar apabila saya dapat tahu promo bulan ini (oktober 2014) ialah ESP. Mimpikah saya??

Saya kongsikan sedikit info tentang ESP. Jom baca 


Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekalkan tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.






Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini  memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Apa tunggu lagi. Meh la order. Memang berbaloi.



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 

Call/whatsapp: 019-9667905
Gmail: hatini277@gmail.com



Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

readmore »»