Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog akak ni. Moga kita beroleh kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan yang makin mencabar pada masa kini.
Hari ni akak nak ceritakan pasal kolesterol. Kita ketahui bahawa kolesterol ada yang baik dan ada yang jahat. Kolesterol baik sinonim sebagai HDL dan kolesterol jahat sinonim dengan LDL.
HDL membawa maksud High Density Lipoprotien. Manakala LDL pula bermaksud Low Density Lipoprotien. Tubuh kita memerlukan lebih banyak HDL berbanding LDL.
Kolesterol HDL berfungsi untuk membersihkan kolesterol LDL dari darah agar jantung sentiasa dalam keadaan baik.
Petang semalam 02.11.2014 akak membuat pemeriksaan kolesterol darah. Bacaan kolesterol pada tahun lepas ialah 7.7mmol. Semalam bacaan kolesterol akak ialah 6.4mmol. Alhamdulillah paras kolesterol akak turun. Walaupun masih lagi belum mencapai target. Akak amat bersyukur. Akak hanya ambil supplemen untuk bantu turunkan paras kolesterol. Tiada pengambilan ubat daripada doktor. Kalau boleh akak nak elak makan ubat. Sebab takut dengan kesan sampingan.
Supplemen yang akak amalkan secara konsisten sejak 2 tahun lepas untuk atasi masalah kolesterol ialah minyak ikan terkenal Omega Guard Shaklee. Akak ambil 3 biji 2 kali sehari. Kadang-kadang akak ambil extra bergantung kepada pengambilan pemakanan seharian. Jika pada hari tertentu akak makan banyak daging, ayam dan makanan berlemak seperti santan akak akan tambah lagi dos minyak ikan Omega Guard Shaklee. Dengan syarat, minum air dalam kuantiti yang banyak untuk elak panas badan.
Mengapa kita takut dengan KOLESTEROL??
Tahukah anda, kolesterol yang tidak dikawal, akan menyebabkan masalah pada fungsi jantung. Kalau jantung dah tak berfungsi apa akan jadi??
Mari kita baca sedikit info di bawah:
Penjagaan jantung yang sihat bukanlah bergantung semata-mata dengan cara pengambilan makanan yang betul. Tetapi gaya hidup yang sihat juga amat penting untuk diamalkan.
Berikut beberapa tips gaya hidup yang sihat:
- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
- Jangan merokok
- Hindari daripada asap rokok.
- Jauhi minuman keras
- Mengamalkan suplemen berasaskan minyak ikan tulen
- Lebihkan serat dalam makanan harian
Mengapa saya highlight kan tentang minyak ikan tulen?
Kebanyakan minyak ikan di pasaran menggunakan lemak ikan dan sedikit sahaja unsur omega-3, DHA dan EPA di dalamnya.
Omega Guard Shaklee adalah berbeza.
Omega Guard Shaklee mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi. Manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi-fungsi otak. Satu hidangan Omega Guard (3biji) menyediakan 990mg asid lemak omega-3.
Setiap individu, lelaki atau perempuan, tua atau muda, hendaklah memeriksa paras kolesterol sekurang-kurangnya sekali setahun. Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan rutin, diet sihat, bersenam, tidak merokok dan minum minuman keras, InsyaAllah risiko penyakit kardiovaskular akan menurun.
Moga info yang akak kongsikan ni, akan memberi manfaat kepada ramai pembaca.
Jika anda berminat untuk dapatkan Omega Guard ataupun apa saja produk Shaklee, adalah dialu-alukan untuk hubungi saya seperti no. telefon yang tertera di bawah. Boleh juga pm di Facebook saya.
Terima kasih
Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman.
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui :
Gmail: hatini277@gmail.com
Call/whatsapp: 019-9667905
Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif
**Kesejahteraan anda Kepuasan kami**
0 comments
Post a Comment