Senarai Pengedar Shaklee

Saturday, May 17, 2014

Ibu Hamil: Vitamin yang tidak boleh diambil

.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang vitamin-vitamin yang tidak digalakkan ambil semasa hamil. Walaupun Shaklee merupakan supplement atau makanan tambahan, namun untuk memastikan anda dan kandungan anda sihat dan selamat, maka anda perlu alert dengan beberapa jenis vitamin dan kandungan vitamin yang tidak sesuai diambil semasa hamil. Haruslah bersabar sehingga selepas kelahiran untuk mengambil vitamin-vitamin tersebut..


IBU HAMIL

Sila elakkan diri anda daripada mengambil vitamin-vitamin seperti di bawah:

Alfalfa Complex
DTX Complex
Collagen Powder
Carotomax
Garlic Complex
Herblax
Vitamin E Complex
GLA Complex
Vivix
Cinch
Coqhealth Plus
Zinc

*Pengecualian untuk teruskan pengambilan hanya jika anda mendapat saranan doktor.



Kenapa ibu hamil tak boleh ambil?

Cinch tidak digalakkan ambil kerana ia sangat rendah kalori dan mungkin menjejaskan nutrisi yang diperlukan bayi anda.Vitamin-vitamin yang tinggi antioksidan seperti Vit E, vivix, GLA, Coqhealth Plus, Collagen  dan Carotomax tidak digalakkan diambil pada awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. 

Begitu juga dengan alfalfa yang boleh merangsang pengecutan rahim anda. Biasanya pada awal kehamilan, antibodi si ibu menurun bagi memberi laluan untuk janin membesar dalam rahim ibunya. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksida akan membantu meningkatkan sistem imun si ibu, seterusnya tubuh ibu akan melihat janin tadi sebagai “bendasing” yang perlu disingkir keluar lalu boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung. Oleh itu, sebelum anda membeli apa jua vitamin, pastikan konsultasi diberikan agar pengambilan vitamin memberi kesan kesihatan yang optimum.


Jadi, apa Vitamin yang sesuai untuk ibu hamil?

Ibu hamil digalakkan mengambil multivitamin dan vitamin yang tinggi zat besi, mengandungi asid folik yang cukup kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan mengelakkan kecacatan, kalsium yang mencukupi, vitamin c dan minyak ikan. Sebahagian vitamin ini juga dikenali sebagai 'hematinic vitamin' sebagaimana yang dibekalkan oleh klinik-klinik dan hospital kerajaan. Namun, jika anda mempunyai bajet sendiri untuk vitamin pilihan anda, tidak salah untuk anda mencuba 
Set Ibu Hamil Shaklee.


Apa yang terkandung dalam Set Ibu Hamil Shaklee?

Vitamin-vitamin yang dicadangkan untuk ibu hamil

Set Ibu Hamil Shaklee terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

1. Set Ibu Hamil Trimester 1 dan 
2. Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3. 









Set Ibu Hamil Trimester 1
BComplex (dengan asid folik)
Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)


Set Ibu Hamil Trimester 2 dan 3
BComplex (dengan asid folik)
Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
Vita C(Vitamin untuk mengurangkan risiko demam dan selsema semasa hamil)
Ostematrix(Kalsium untuk menguatkan tulang anda bagi persediaan sebelum dan selepas kelahiran)
Omega Guard(Minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA)


Add On
ESP(Untuk kecantikan kulit semasa hamil serta kulit bayi yang sihat dan membekalkan tenaga tambahan). Anda adalah apa yang anda makan..begitu juga dengan anak anda..Jika anda telah mengamalkan pemakanan sihat yang mencukupi keperluan nutrisi anda ketika hamil, itulah yang lebih baik. Set ini hanya membantu anda melengkapkan pengambilan nutrisi anda ketika hamil..Namanya pun makanan tambahan kannn.



Semoga anda mendapat yang terbaik sepanjang kehamilan anda..

InsyaAllah

Jika anda berminat untuk membeli set hamil ini, sila berhubung dengan saya pada nombor talian yang tertera di bawah. Terima Kasih. 





Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 


Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

   

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment