Senarai Pengedar Shaklee

Monday, December 22, 2014

Shaklee Kuantan: Mengekalkan Jantung Sihat

.


Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali untuk mengepam dan mengalirkan 7000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu anda. 


Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrtien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.


Terdapat tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga. 


1. KOENZIM Q10 (COQ10)





COQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah COQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. 





COQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida COQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidanan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. 


Tubuh kita mampu mengeluarkan COQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Oleh itu, pengambilan suplemen COQ10 yang mencukupi dapat membantu dan mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.


2. TUMBUHAN POLIFENOL







Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan diet tumbuhan polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). 



Salah satu polifenol yang kuat adalah RESVERATROL, ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Polifenol-polifenol banyak terdapat di dalam polygonum, cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. 


3. ASID LEMAK OMEGA-3




Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah DHA dan EPA. Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan TRIGLYCERIDES (lemak dalam darah, meningkatkan HDL (kolesterol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. 




DHA dan EPA juga juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplemen.


Moga info yang akak kongsikan ini, dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana. Moga kita dianugerahkan kesihatan yang lebih baik. In syaa Allah.


Jika anda berminat untuk dapatkan produk-produk Shaklee daripada saya beserta dengan konsultasi percuma, sila hubungi saya seperti no. telefon di bawah:



Salam manis,


Hatini Mustafa
019-9667905



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment