Senarai Pengedar Shaklee

Saturday, December 20, 2014

Antioksidan Baik Untuk Kesihatan

.


Kajian telah membuktikan individu yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel normal, protin dan lemak. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan. Namun tubuh kita amat memerlukan antioksidan untuk meneutralkan radikal bebas. Radikal bebas yang berlebihan akan mengganggu penghasilan hormon. Jika penghasilan hormon terganggu, maka secara automatik sel-sel tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Banyak masalah kesihatan disebabkan oleh radikal bebas. Antaranya ialah penuaan sebelum waktunya, kulit kering, pra-menopause , gangguan jantung, osteoporosis, masalah sendi, diabetes, kanser, alzheimer dan sebagainya. 

Antioksidan  mampu melawan radikal bebas yang berlebihan. Antioksidan adalah zat yang mampu melindungi sel-sel tubuh. Ada cara mudah untuk menjamin kita mendapat sumber antioksidan yang mencukupi. Sumber antioksidan adalah seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Selenium serta Omega 3 dan 6. 





Beberapa manfaat antioksidan untuk kesihatan:

  1. Pengambilan sumber antioksidan yang cukup, sangat penting untuk menjaga kesihatan secara keseluruhan. Antioksidan dipercayai mampu mencegah berbagai jenis kanser.
  2. Antioksidan penting untuk memperkuat sistem kekebalan tubuh sehingga mencegah tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria
  3. Alasan paling popular mengapa antioksidan disukai ramai  adalah kerana adanya manfaat anti-penuaan.
  4. Antioksidan mencegah proses penuaan sel-sel tubuh sehingga membuat fungsi tubuh tetap terjaga dengan baik.
  5. Antioksidan membantu mencegah penyakit jantung dan meminimalkan proses oksidasi kolesterol.
  6. Selain bermanfaat untuk jantung, antioksidan juga efektif mencegah gangguan mata seperti  makula dan glaukoma.
  7. Antioksidan membantu memberikan perlindungan terhadap sistem saraf pusat.

Pengambilan vitamin-vitamin antioksidan ini dapat membantu kita kekal sihat dan cergas. Penjagaan awal amat penting untuk mengelak penyakit yang berbahaya. 

Jika anda berminat untuk dapatkan vitamin-vitamin ini beserta konsultasi percuma, sila hubungi saya seperti nombor telefon yang tertera di bawah.


Salam manis,

Hatini Mustafa
019-9667905



Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment