Senarai Pengedar Shaklee

Wednesday, December 10, 2014

MENGAPA SAYA SUKA SHAKLEE?

.



Saya kenal Shaklee baru je 2 tahun 8 bulan. Sebelum itu, saya tercari-cari penawar untuk migrain yang telah sekian lama saya hidapi. Saya banyak membaca blog-blog untuk mengetahui punca dan penawar migrain. Bila saya google, kebanyakan blog bercerita tentang Shaklee penawar migrain. Apa benda Shaklee nih?? Serius... saya memang tak pernah dengar dan tak pernah tahu tentang Shaklee. 


Tiada pun sahabat yang memperkenalkan Shaklee kepada saya. Penemuan saya dengan Shaklee dalam web membuatkan saya ingin tahu lebih lanjut tentang produk ini. Bagus sangat ke? Setelah banyak info yang saya kumpul, saya dapat tahu serba sedikit tentang khasiat vitamin-vitamin Shaklee. Akhirnya saya membeli secara online buat pertama kali dalam hidup saya. Haha kelakor kan...Mulalah rasa sangsi, tak percaya bila beli secara online nih. Beli pulak bukan sikit2. Ratusan ringgit jugak. Sebenarnya pembelian online nih dah jadi trend. Tak perlu pergi kedai nak beli vitamin. Semuanya di hujung jari. 


Atas khidmat konsultasi Puan Norita Idris, saya membeli set vitamin yang lengkap untuk migrain. Saya suka beli set yang lengkap kerana saya nak EFFECT  yang cepat. Saya beli set Family Wellness yang terdiri daripada ESP, B.Complex, Vitalea dan Vita C. Saya juga tambah Ostematrix dan GLA dalam order saya. Dua hari selepas buat payment, saya terima vitamin-vitamin dengan selamatnya. 




Alhamdulillah setelah saya amalkan vitamin-vitamin ini selama 3 bulan berturut2 secara konsisten, masalah migrain saya beransur pulih. Syukur sangat. Sebelum kenal dengan Shaklee, saya bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan sehingga memberi kesan kepada buah pinggang saya. Buah pinggang saya BENGKAK!!. Setahun berulang-alik ke hospital untuk dapatkan rawatan. Itu kisah tahun 2004. Bayangkan hanya pada tahun 2012  saya berjumpa dengan Shaklee. Berapa tahun saya merana menahan kesakitan? Sesiapa yang pernah alami migrain mereka akan tahu betapa siksanya bila diserang migrain.




Kini saya amat berpuas hati dengan EFFECT Shaklee. Shaklee merupakan pilihan vitamin nombor SATU saya. Sehingga kini saya masih lagi amalkan pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten. Malah, semua jenis vitamin Shaklee saya pernah ambil. Maka kalau anda tanya saya tentang vitamin Shaklee, saya boleh jawab dengan mudah. Mengapa?? sebab saya sendiri mengamalkannya dan merasakan PERUBAHANNYA. Saya tahu apa yang saya makan.


Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik dari sehari ke sehari. Saiz Buah pinggang saya juga kembali normal. Dah tak bengkak.  Terima kasih Allah, Terima kasih Shaklee. 


Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee,  sila hubungi saya:


Salam manis

Hatini Mustafa
019-9667905


Penghantaran ke seluruh Malaysia. COD area Kuantan, Pekan & Kemaman. Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian, pembelian produk, menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan saya melalui  : 
Gmail: hatini277@gmail.com 
Call/whatsapp: 019-9667905

Setiap pembelian, beserta dengan konsultasi ekslusif 
 **Kesejahteraan anda Kepuasan kami**

0 comments

:a: :b: :c: :d: :e: :f: :g: :h: :i: :j: :k: :l: :m: :n:

Post a Comment